PERGERAKAN Pemuda Malaysia (YMM) mencadangkan kepada kerajaan agar melantik seorang timbalan perdana menteri daripada kalangan bukan Melayu atau Muslim bagi meningkatkan kedudukan politik bukan Melayu di negara ini.

Presidennya, Chew Sir Boon berkata, YMM memberikan sokongan sepenuhnya kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk mengemukakan cadangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya harap cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan. Selain itu, hasrat masyarakat Cina juga diharap dapat ditunaikan sedikit masa lagi sekiranya kerajaan boleh melantik datuk bandar ataupun timbalan datuk bandar daripada kalangan orang Cina.

“Cadangan ini dibuat berdasarkan masyarakat Cina, terutama di kawasan majoriti Cina sememangnya memerlukan seorang pemimpin kerajaan tempatan yang fasih bahasa Cina dan memahami kehendak mereka,” katanya seperti disiarkan Oriental Daily.

Sumber: www.sinarharian.com.my

41total visits,1visits today