MANA-MANA iklan produk makanan atau minuman yang mendakwa boleh menyembuhkan atau mampu merawat sebarang penyakit tidak dibenarkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, sebagai contoh, jika penjual mendakwa produk keluaran mereka boleh menyembuhkan penyakit kencing manis, ia mestilah disertakan pengiktirafan saintis dunia dan menunjukkan bukti penyembuhan itu.

Menurutnya, sebarang tuntutan kesihatan tidak dibenarkan dalam pengiklanan produk atau menyatakan boleh digunakan untuk rawatan apa-apa penyakit kerana perbuatan sedemikian menyalahi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Sumber: www.utusan.com.my

67total visits,1visits today