WANITA yang mempunyai sejarah penyakit gusi berdepan risiko tinggi mengalami beberapa jenis barah, terutama tumor dalam esofagus dan payudara.

“Sejarah penyakit gusi dikaitkan dengan 14 peratus risiko menghidap sebarang jenis barah.

“Kaitan paling kuat adalah barah esofagus, berisiko tiga kali lebih tinggi untuk dialami wanita yang ada sejarah penyakit gusi berbanding mereka yang tidak mengalaminya,” kata kajian yang disiarkan dalam jurnal terbitan Persatuan Penyelidikan Barah Amerika, Cancer Epidemiology, Biomarkers and Prevention.

Penyelidik juga mendapati ‘risiko lebih tinggi’ menghidap barah paru-paru, pundi hempedu, melanoma dan payudara.

Sumber: www.bharian.com.my

57total visits,1visits today