HAMPIR 5 juta wanita menghidap penyakit endometriosis, namun malu untuk berbincang tentangnya. Mari ketahui dengan lebih lanjut tentang penyakit ini!

Penyakit Endometriosis Itu Apa?

Thessy Kouzoukas telah memberanikan diri untuk berkongsi dengan dunia luar tentang apa yang dilaluinya sebagai penghidap penyakit endometriosis.

Beliau bukan sekadar melalui perkongsian kata-kata, malah juga gambar yang menunjukan kesan endometriosis terhadap badannya. Ini kerana beliau tidak mahu melaluinya sendirian.

Endometriosis merupakan satu penyakit ‘senyap’ yang dihidapi oleh ramai wanita. Di Amerika Syarikat sahaja, lebih 5 juta wanita sengsara dengan sakit endometriosis ini.

Bukan Penyakit Biasa

Gambar yang telah dimuat naik oleh Thessy menunjukkan perbezaan abdomennya selepas cyst ovarinya pecah.

Ubat yang diambil Thessy ialah ubat untuk menyediakan badannya dengan pembedahan membuang endometriosis, cyst di dalamnya serta membetulkan organnya yang melekat.

Tambah Thessy lagi, endomtriosis bukanlah suatu yang boleh dipandang ringan. Dia telah dibedah selama lebih 7 jam dan ditahan di wad selama seminggu.

Seorang dari 10 wanita yang mengalami endomertriosis mempunyai keadaan di mana tisu endometrial dijumpai di luar tisu.

Simptom penyakit termasuklah kesakitan yang terlampau sebelum, semasa dan selepas haid serta ia amat melemahkan. Jika anda tahu sesiapa yang mempunyai masalah haid yang serius, tolong pastikan mereka mendapatkan pemeriksaan lanjut..

Jika anda tahu sesiapa yang mempunyai masalah haid yang serius, tolong pastikan mereka mendapatkan pemeriksaan lanjut..

Kata-kata Thessy lagi ” untuk wanita yang mempunyai endo…anda tidak keseorangan.”

Bagi menyahut sautan Thessy untuk menyebarkan kesedaran tentang endometriosis, berikut adalah sedikit perkongsian tentang endometriosis.

Punca dan Simptom Penyakit

Punca sebenar endometriosis masih tidak dapat dikenal pasti. Iia lebih banyak dialami oleh wanita yang mempunyai masalah kesuburan.

Tiada simptom atau tanda yang jelas bagi mereka yang mengalami endometriosis, namun mereka mungkin mengalami tanda-tanda berikut:

  • sakit di bahagian pelvik yang menjadi semakin teruk ketika datang haid
  • sakit semasa menjalani hubungan seks
  • sakit semasa membuang air/air besar
  • ketidaksuburan

Semoga perkongsian ini memberi pencerahan!

Sumber: my.theasianparent.com

116total visits,1visits today