SALAH satu budaya yang makin pupus di kalangan orang Melayu adalah budaya maksud tersirat dalam memberikan peringatan, yang kerap diamalkan oleh generasi terdahulu.

Siapa waktu kecil dulu tak pernah ditegur untuk jangan duduk atas bantal, nanti punggung akan naik bisul? Pelbagai peringatan yang ada itu sebenarnya adalah satu cara mengingatkan yang mempunyai makna tersirat yang cukup baik untuk diamalkan, cuma apabila zaman semakin moden, tidak ramai lagi mahu mengamalkan kata-kata tersirat ini dan lebih senang bercakap secara terus.

Berikut adalah 5 pantang larang orang Melayu generasi terdahulu yang kerap diingatkan pada kanak-kanak era dahulu yang benar-benar menunjukkan berbezanya cara generasi dahulu dan sekarang mendidik adab dalam anak masing-masing.

1. Jangan meniarap dengan kaki naik ke atas, nanti mak ayah mati awal

2. Jangan mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit

3. Jangan menyanyi di dapur nanti kahwin lelaki tua

4. Jangan duduk di atas bantal, nanti punggung naik bisul

5. Jangan tunjuk pelangi pakai jari telunjuk, nanti jari kudung

 

Itulah 5 pantang larang paling kerap saya dengar waktu saya kecil dahulu yang bunyinya amat menggerunkan ketika kecil, tetapi lama kelamaan semakin dewasa kita, baharulah sedikit sebanyak kita dapat tangkap kenapa ibu bapa zaman dahulu mendidik anak menggunakan kiasan yang agak menyeramkan.

Perlukah amalan itu diteruskan atau patut dibiarkan pupus kerana berkata secara terus terang lebih mudah diterima? Terpulang pada anda kerana setiap kita Insya Allah akan bertanggungjawab mendidik generasi muda satu hari nanti.

Sumber: iluminasi.com

293total visits,1visits today