TIDUR bukan sekadar rutin.Ia tersimpan hikmah dan manfaat buat para makhluk. Tidur juga merupakan simbol akan kekuasaanNya untuk membangkitkan makhluk setelah dimatikan buat sementara.

Jika dilihat, masayarakat moden tidurnya tidak menentu.Bukan sahaja dari masa tidur yang tidak cukup namun kualiti pun tidak ada. Hendak tidur masih layan Facebook, WhatsApp dan sebagainya.

Selain nutrisi, pola tidur memberi efek yang sangat besar dalam melahirkan masayarakat yang sihat, bijak dan beragenda.

Anak-anak yang mendapat tidur sempurna akan lebih fokus dalam akademik. Pekerja yang mendapat tidur berkualiti akan menjadikan mereka kreatif dan produktif.

Tidur ada caranya, mesti dalam gelap. Jika tidak, tubuh anda keliru sama ada tidur atau sedang berjaga. Ia bukan hal yang suka-suka. Banyak kajiannya.

Sumber: www.hiazhealth.com

132total visits,1visits today