INI dah kes berat ni. Tan Sri Razali Ismail, Pengerusi SUHAKAM, semalam mengeluarkan kenyataan menuntut supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, menggugurkan dakwaan ke atas Siti Zabedah Kasim, yang dituduh menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Siti Zabedah Kasim dituduh menghalang pegawai-pegawai JAWI dari melaksanakan tugas mereka semasa serbuan di sebuah majlis mak nyah di Reinassance Hotel Kuala Lumpur, tahun lepas.

Kenyataan menghina Perlembagaan Persekutuan dan mencabar sumpah Yang DiPertuan Agong untuk memelihara Islam pada semua masa, dikeluarkan oleh Pengerusi SUHAKAM ketika beberapa NGO lain turut mengeluarkan kenyataan yang sama.
Pengerusi SUHAKAM menyatakan :
“Suhakam cautions that where lawyers are unable to defend their clients for fear of arrest, criminal charges or intimidation, they cannot properly defend people facing violations of their human rights,”
Tidak terdapat di dalam mana-mana bahagian di Perlembagaan atau mana-mana undang-undang menyatakan sesiapa yang bekerja di dalam profession undang-undang boleh menghalang mana-mana penjawat awam dari menjalankan tugas mereka.
Tindakan demi tindakan daripada SUHAKAM sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dilihat gagal untuk menghayati prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang di dalam lima Prinsip Rukunegara.
Jika kegagalan menghayati prinsip Rukunegara ini berterusan, adalah lebih baik SUHAKAM dibubarkan bagi menjamin Malaysia yang lebih harmoni dan aman.

167total visits,1visits today