OPPO hari ini dengan rasminya melancarkan Stor Flagship pertama mereka di rantau Asia Tenggara. Ia terletak di tingkat 3 pusat beli-belah Suria KLCC, menyediakan bukan sahaja jualan produk, malah servis istimewa.

Untuk pembelian telefon pintar OPPO di stor ini, pembeli boleh mendapatkan khidmat ukiran laser di belakang telefon, secara percuma.

Stor Flagship OPPO ini menyediakan persekitaran yang tenang dan mesra, gabungan hiasan aluminium perak dan kayu oak putih. Pengunjung juga boleh beristirehat di sofa yang disediakan sementara menunggu telefon mereka siap diukir.

Bagi memeriahkan hari pembukaan stor ini, OPPO menyediakan beberapa tawaran istimewa. Untuk 2 hari iaitu 22 & 23 Julai, diskaun 20% diberikan kepada ahli VIP untuk pembelian aksesori. Terdapat juga cabutan bertuah diadakan untuk pengunjung. Hadiah percuma juga diberikan kepada pengunjung yang menyertai permainan di dalam stor untuk 2 hari ini.

Sumber: theskop.com

69total visits,1visits today