NAK cantik kena ada cara yang betul termasuklah menjaga pemakanan, rutin penjagaan wajah setiap hari perlu dan sebagainya. Ada yang menganggap nak cantik kena pakai solekan yang tebal atau menggunakan produk yang mahal. Bagi anda yang tidak gemar memakai solekan tetapi tetap mahu tampil menarik dan cantik, nah cuba 5 cara ini.

1) Guna kan Tinted Moisturiser.

Apa beza Tinted Moisturiser dengan foundation? Kalau guna tinted moisturiser ianya lebih ringan dan lebih nipis berbanding foundation. Tinted Moisturiser juga melindungi wajah dan melembapkan kulit korang!

2) Guna Toner yang bebas alkohol.

Toner yang mempunyi alkohol mungkin akan lebih merosakkan kulit korang, berbanding toner yang bebas alkohol. Jadi lindungi kulit dengan bahan chemical yang ada dalam produk yang korang guna.

3. Dapatkan Vitamin C yang cukup.

Vitamin C memang diperlukan dalam badan kita. Vitamin C sememangnya baik untuk kulit dan kesihatan kita. Jadi minum secawan air panas dan lemon untuk memotong jumlah radikal bebas yang masuk ke dalam badan korang, ia akan membuatkan kita kekal sihat dan cantik.

4. Elakkan pegang muka dengan tangan!

Siapa yang tak gatal tangan nak pegang dagu, pipi, dan mana-mana kawasan di muka kita. Masa tak uat apa atau walaupun duduk di pejabat kita pasti nak pegang muka kita. Ia adalah salah satu punca muka kita mula tumbuh jerawat! Sebab tangan kita ni belum tentu bersih dari kuman. Jadi siapa yang ada jerawat, ‘whitehead’ atau ‘blackhead’ jangan pegang atau cuba picit!

5. Scrub muka 2 kali seminggu.

Nak buat scrub bukan susah mana pun. Guna bahan tradisional pun lebih baik berbandiing beli jenama yang kita tak pasti baik atau tidak. Dalam seminggu korang boleh scrub muka, lakukan dengan lembut, jangan terlalu tonyoh muka dengan scrub. bilas dengan air sejuk, dan lap dengan tuala bersih.

Sumber: www.keluarga.my

46total visits,1visits today