TABIAT menggosok gigi perlu menjadi aktiviti menyeronokkan buat si anak. Apatah lagi jika usia anak semakin bertambah dan anak sudah mula mengambil pelbagai jenis makanan seperti makanan manis, jus, coklat, keropok dan sebagainya.

Makanan manis yang diambil oleh anak sejak kecil akan menimbulkan masalah pada gigi seperti berlubang, mudah rapuh dan kehitaman serta menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.

Dengan itu, amat penting untuk ibu bapa mendedahkan anak mengosok gigi sejak kecil secara teratur.
Ada beberapa teknik yang ibu ayah boleh praktikkan untuk si kecil.

Antaranya:

  • Ajarkan Sejak Kecil
  • Biarkan Anak Memilih Berus dan Ubat Gigi Sendiri
  • Jadikan Waktu Menggosok Gigi Aktiviti Menyeronokkan
  • Gosok Gigi Bersama

Dari situ anak akan faham yang aktiviti ini sangat penting untuk semua peringkat umur dan ibu bapa boleh menunjukkan cara yang betul untuk menggosok.

Sumber: www.surijunior.com

36total visits,1visits today