Pelakon popular Fattah Amin menjelaskan tiada sebarang pertemuan rasmi dengan keluarga aktres Nur Fazura Sharifuddin bagi membawa hubungan ke peringkat lebih serius seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Fattah yang kini bergandingan dengan Fazura menerusi drama Hero Seorang Cinderella di Astro Ria berkata, pertemuannya dengan keluarga pelakon itu hanyalah pada majlis kenduri doa selamat yang diadakan mereka, baru-baru ini.

“Buat masa ini, saya belum berjumpa keluarga Fazura untuk berbincang mengenai hubungan kami.

“Lagipun, saya bertemu keluarga Fazura bukan dalam satu majlis peribadi, sebaliknya kenduri doa selamat anjuran kami bersama beberapa individu lain. “Saya mohon tiada pihak yang membesarkan isu ini.

Buat masa ini kami berdua berkawan baik, “ katanya.

Terdahulu Fattah dikatakan dalam proses mengenali hati budi aktres jelita itu.

Sumber : http://www.budiey.com

39total visits,1visits today