SEORANG Penasihat Kewangan @faizwahab berkongsikan tips bagaimana untuk menyimpan di tabung haji bagi memudahkan urusan haji anak anak nanti.

Untuk rekod jumlah yang perlu ada dalam akaun tabung haji untuk mendaftar haji adalah sebanyak RM1300 sahaja. Ini merupakan pengiraan yang dicapai untuk tempah 18 tahu menyimpan di Tabung Haji.

1. Pada tahun pertama perlu kumpul duit RM1300 untuk daftarkan haji bagi pihak anak

2. Katakan kadar inflasi adalah 3% setahun, dan TH memberi hibah pada kadar 4.25% sahaja setiap tahun.

3. Ini adalah kos haji semasa iaitu RM9980 bagi warganegara yang belum menunaikan haji.

4. Deposit RM50 sebulan sudah mampu merancang haji untuk anak dalam tempoh 18 tahun.

5. Dengan sebulan RM50 bersamaan RM600 setahun. Anda sudah mampu bina tabungan untuk anak anda

6. Selepas 18 tahun, dengan deposit RM50 secara konsisten sudah dapat mengatasi nilai kos haji (termasuk inflasi)

Sumber: amazingnara.com

36total visits,1visits today