Minuman berkafein sememangnya minuman kegemaran rakyat malaysia, selain teh, kopi antara paling terkenal dan sering diambil. Pengambilannya tidak kira pagi, tengah hari, petang mahupun malam.

Tahukah anda, pengambilan mimuman berkafein ini jika berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan? Baru-baru ini juga heboh tentang kopi beracun! Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebiasaannya terkandung di dalam jenama-jenama produk yang semakin banyak di pasaran, semuanya mengejar keuntungan tanpa memikirkan keselamatan pengguna. Kebanyakkan racun berjadual digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.

Sumber: aliffchannel.com

183total visits,1visits today