Diundang untuk meraikan pengantin baharu namun ianya menjadi kontroversi apabila tiga artis dikir barat wanita menyanyi sambil menari tarian gelek pinggul yang menjolok mata.

Tiga video yang berdurasi satu jam, lima minit dan 12 minit dimuatnaik secara live di Facebook dikecam teruk.

Persembahan untuk meraikan pengantin baru itu bermula jam 10 malam hingga jam 12 malam semalam di Kampung Padang Tembesu di sini menjadi tumpuan ratusan penduduk kampung yang menonton sampai habis persembahan mereka.

Dalam video berkenaan tiga wanita dilihat beraksi bersama beberapa artis dikir barat lelaki.

Sumber: sinarharian.com.my

61total visits,1visits today