Performing Arts Centre of Penang, atau lebih dikenali sebagai Penangpac bakal mengadakan tayangan percuma sebuah filem gay dari Vietnam.

Bertempat di Penangpac, acara dijadualkan bermula pada jam 8 malam pada 11 Julai 2017.

Filem gay yang berjudul ‘Lost in Paradise’ ini memuatkan sebuah jalan cerita mengenai percintaan tiga segi di antara tiga lelaki dan berlatarbelakangkan sindiket pelacuran kaum lelaki di Ho Chi Minh.

Filem yang diberi jolokan nama ‘filem gay pertama Vietnam’ oleh Agence France-Presse (AFP) ini pernah menjadi tayangan pembuka di Festival Filem Lesbian dan Gay di Hong Kong pada tahun 2011.

Sumber: menara.my

44total visits,1visits today