Kebiasaannya kalau kita fikirkan tentang ulam dan salad, kita fikirkan salad lettuce. Ada juga yang tanam salad cina, atau celtuce. White asparagus, katau peniaga benih daripada negara China.

Masalah bila menanam salad, masa yang diambil terlalu lama. Ia pula kadang-kadang bergetah dan pahit. Ini tidak elok jika kita ingin latih anak-anak memakan sayur.

Saya ada cuba pelbagai sayur untuk dimasukkan ke dalam mangkuk salad. Salad lettuce memang enak, tetapi masa menunggu terlalu lama. Ada yag kata selepas alih, ia mengambil masa 3 minggu sahaja. Ini benar jika persekitaran serasi. Cahaya tak boleh terlalu cerah, tetapi tidak pula boleh terlalu teduh.

Air pula perlu setara. Jika menanam secara hidroponik, ok. Jika secara organik, masalah sedikit. Terlalau lama menunggu. Maksudnya, risiko juga tinggi kerana semakin lama tanaman mengambil masa untuk matang, semakin tinggi risiko ia diserang serangga perosak.

Sumber: tanamsendiri.com

30total visits,1visits today