Syarikat cari gali minyak dan gas luar pantai milik Sarawak akan memulakan operasinya dalam masa 6 bulan lagi, kata Ketua Menteri Datuk Abang Johari Openg.





Kerajaan kini dalam proses menubuhkan syarikat berkenaan, Petroleum Sarawak (Petros), 100% milik kerajaan negeri, yang akan bekerjasama dengan syarikat minyak nasional, Petronas, katanya.

Menurut beliau, perkara berkaitan pelaburan awal syarikat itu masih dibincang.

Abang Johari berkata, sebelum ini, syarikat minyak dan gas dari Sarawak hanya terlibat dengan aktiviti minyak dan gas hiliran di Bintulu, dengan pelaburan dianggar berjumlah AS$2 bilion.

Sumber: freemalaysiatoday.com

38total visits,1visits today