Seorang anggota polis cedera parah selepas terjatuh dari tingkat tiga Hospital Kepala Batas (HKB) ketika cuba menangkap seorang tahanan yang cuba meloloskan diri petang semalam.





Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, anggota berpangkat Lans Koperal berusia 30-an terbabit sedang menunggu suspek melakukan pemeriksaan kesihatan di tingkat tiga hospital berkenaan bersama seorang lagi anggota.

Bagaimanapun, suspek yang bergari bertindak melarikan diri dengan meniti di tepi tingkap wad berkenaan namun disedari anggota polis berkenaan yang mengejarnya sebelum terjatuh.

Akibat kejadian itu, mangsa yang bertugas di bahagian stor barang kes ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara mengalami kecederaan di bahagian kepala, pinggang dan kaki.

Sumber: penpasksgb.blogspot.my

24total visits,1visits today